Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !
Cheewaahh. Semangat gilerr aku pagi-pagi buta ne. Bukan apa. Sebagai belia, aku nak jugak tunjukkan kepada masyarakat yang aku support kempen ne. So, tak la aku nampak jahil gilerr benda-benda yang jadi dalam Malaysia. Betol tak? Kalau kat asrama, haram la aku nak tau isu-isu semasa. Tengok tv pun tak. Apa lagi nak tengok berita. Bagai katak bawah gelas kaca hidup aku kat sana. Ada ka katak duduk bawah gelas kaca?? (peribahasa sendiri. kreatif tak??)
Ehh. Dah lari tajuk dah ne. Actually, aku nak share pasal satu penyakit ne. Tu pun sebab aku ada penyakit alah ne. Kalau tak da, jangan harap la aku tergerak hati nak tulis entri pasal penyakit-penyakit. Aku tak minat subjek bio ok. And also chemistry. Ngee. Ok! Back to topic. Aku pun tak ingat sejak bila aku menghidap penyakit gastrik ne. Firstly aku tak tau pun macam mana rasa penyakit gastrik. Tapi bila dah kawan-kawan aku bagi tau sedikit informasi tentang gastrik, ditambah dengan information yang aku baca di Internet, barulah aku tau yang aku salah seorang penghidap penyakit ne.
Now let me tell you about the symptoms
- Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
- Rasa senak, berangin atau pedih (kalau rasa macam perut kita kat sebelah atas tu kena cucuk-cucuk, gastrik la tu)
- Perut rasa tak selesa
- Kembung perut, sendawa berulang kali & kerap kentut
- Hilang selera makan
- Berat badan turun bagi pesakit yang kronik (part ne aku suka. hee. tapi aku tak nak la penyakit aku ni sampai tahap kronik. ngee)
Haa. Tu la tanda-tanda korang ada penyakit gastrik. Kalau ada salah satu dari tanda-tanda tu, sediakan la ubat awal-awal. Penyakit ne boleh serang kita bila-bila masa ja. So, be prepare.
Aku sendiri pun geli tengok gambar ulser dekat perut kerja si gastrik tu. Terok dia kerjakan perut kita. Sempat lagi aku berfikir. Macam tu ka perut aku? Kalau macam tu la rupanya, alangkah jelek nya perut saya. Berlubang-lubang. Euuwwww!
So, bagi mengelakkan daripada gastrik yang berterusan, jangan sesekali abaikan ubat-ubatan. Ubat-ubat ne membantu memulihkan lapisan perut kita yang terhakis tu. Wahh! Pandai ja aku suruh orang makan ubat. Sendiriiiiii...
Selain dari mengambil ubat-ubatan, amalkan gaya hidup sihat. Sihat la sangat aku ni. Hahaha. Antaranya:
- Stop smoking! & berhenti minum alkohol
- Jangan terlalu bergantung dengan pain killer
- Makan sedikit-sedikit tapi kerap (apa la rupa aku kalau makan sikit-sikit tapi kerap? silap hari bulan, boleh ganti sumo aku)
- Kurangkan makanan berempah, cili & masam (semua-semua ne menghakis isi perut kita. tu la ada yang sampai berlubang)
- Kepada penggemar teh & kopi, kurangkan pengambilan 2-2 minuman ne. Minuman-minuman ne jugak menghakis perut kita
- Amalkan memimum susu sebab susu ne boleh mengurangkan keasidan perut
Macam ne la rupa kalau aku kena gastrik. Yang bezanya perut aku tak seKEMPIS perut dia! Haha. Perut aku penuh dengan lemak. Berlapis-lapis. Macam kek lapis. Hahaha. Orang gemok bh. Biasa la tuu. Ngeee~
p/s: aku tak letak gambar perut yang kena gastrik tu sebab aku sendiri pun geli nak tengok!

No comments:
Post a Comment