Aku bukan budak pandai.
Yea. Aku sedar tu. Aku memang bukan budak pandai. Bagi aku, semua kejayaan yang aku dapat cuma nasib. Semua datang dari Allah SAW. Allah la yang banyak bantu aku. Syukur alhamdulillah. Allah sentiasa makbulkan doa aku. Dia juga selalu ada untuk aku. Syukran ya Allah.
Hari ne, 10 Disember 2010, aku dapat result final untuk semester 3. Kalau ikut aku mo check dekat student portal. Before aku check tu kawan aku call. Dia cakap better check dekat e-mail ja. Senang. X la jam. Kejap ja dapat tengok result. Aku pun try la check dekat e-mail. Sekali aku check, tiada pula result aku. Try punya try, at last aku jumpa juga e-mail mana yang aku guna. Tu la susah banyak sangat e-mail ne. Hehe. Memang betul cakap kawan aku. UiTM send result melalui e-mail. Dengan lafaz bismillah aku pun buka e-mail dari UiTM.
Akhirnya, ne yang aku dapat. (:
Yang bertanda bulat tu la result aku. Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga angan-angan aku mo masuk dean list. Aku ingantkan aku x mampu untuk dekan. Tapi, alhamdulillah. Semua dari Allah. Aku hanya mampu bersyukur (':
Post ne bukan untuk membangga diri. Tapi sebagai motivasi untuk diri sendiri supaya berusaha lebih untuk menempuh sem-sem yang mendatang. Yang pasti, sem yang akan datang pasti lebih mencabar dari semester yang sebelumnya. Semoga kejayaan mengiringiku pada semester-semester hadapan. Insyaallah (:
Ohh ya. Sebelum aku mengundur diri, ne penampilan terbaru aku. Sekarang aku sda try pakai shawl. Not bad juga la guna shawl ne. Senang diatur. Tu pun based on kain shawl tu. Hee. Ok x? Ngeee. Harap ok la. K la. Chow dulu. Daaaa~

No comments:
Post a Comment